Followers

Powered by Blogger.
RSS

Blog ini adalah tempat aku meluahkan semua perasaan ku..

Cbox

Laa Tahzan

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

__________________________________________________________________________________

Pandangan orang soleh-soleh, kebanyakannya akan bertukar negatif kepada mereka yang berbuat dosa. Amatlah sedikit, orang yang faham agama untuk bertoleransi dan bersabar kepada mereka yang berdosa. Jika tidak menghambur kata-kata nista, paling kurang pun mereka akan menyisihkan sesiapa yang berdosa dalam kehidupan.
Memang, dosa itu jijik. Memang, ingkar kepada Allah itu lebih busuk dari najis. Namun, perumpamaan jijik dan najis itu, hanya untuk diri kita mengajak diri kita menjauhi perbuatan dosa itu. Apabila yang jijik dan yang najis itu melekat pada orang lain, maka apakah yang patut kita lakukan?
Inilah dia post untuk kamu wahai sahabat.
Jangan bersedih. Sesungguhnya pengampunan Allah itu, lebih luas dari kemarahan-Nya.
Tiada manusia sempurna
Tiada manusia sempurna. Selain Rasul dan Nabi, tiada lagi yang maksum selain mereka. Semua manusia melakukan dosa.
Namun, sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bergerak pulang kepada Allah SWT.
Memang, orang akan hina kita, orang akan perli kita, orang akan kata pada kita itu dan ini. Memang sukar berhadapan dengan semua kritikan dan hinaan itu. Namun kita kena tabah.
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sematkan dalam diri kita bahawa, semua kritikan, perlian, hinaan itu adalah balasan terhadap dosa kita. Kita kena bersabar melalui balasan yang Allah beri itu, di samping kita juga bergerak mempertingkatkan diri kita. Jangan kita terfikir untuk membalas hinaan mereka dengan hinaan, atau berfikir untuk berhenti dari perubahan kepada kebaikan.
Kalau kita berhenti, maka kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan yang mati-matian cuba menghalang kita daripada Allah SWT. Tiada manusia sempurna, bila berbuat dosa itu adalah lumrah sebagai manusia.
Namun, apabila kita ini sedar dan berusaha bangkit dari dosa kita, maka kita sebenarnya adalah yang terbaik dari kalangan manusia. Hal ini kerana, kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.
“Sesungguhya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Dan sedikit kepada yang menghina orang yang berdosa, ketahuilah bahawa anda juga tidak sempurna, dan punya dosa yang perlu diperbaiki. Maka, apa kata dari anda menghina-sisih orang-orang berdosa, anda bersama-sama mereka berpimpin tangan memperbaiki diri ke arah redha-Nya?
Keampunan Allah
Wahai sahabatku yang terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat, bila kita bangkit dan ingin melakukan perubahan, ketahuilah bahawa yang mengampunkan kita adalah Allah SWT, bukan manusia.
Yang menentukan manusia itu kafir atau Islam adalah Allah. Yang mengira dosa pahala adalah Allah. Yang memberikan syurga neraka kepada kita adalah Allah.
Maka, berubahlah memohon keampunan-Nya. Jangan kita hirau pandangan manusia. Kita tidak meminta keampunan mereka. Jangan kita kisah hinaan mereka, bukan mereka yang mengampunkan kita.
Manusia, mereka mudah menyimpan di dalam hati. Tercalar, mereka simpan sampai mati. Bila kita berdosa, mereka sukar menerima kita kerana rasa dikhianati. Tetapi Allah, keampunan-Nya lebih luas dari kemarahan-Nya. Allah, sentiasa membuka pintu taubat-Nya. Walau hamba-Nya membunuh 100 nyawa, atau lebih dari itu, andai hamba itu kembali kepada-Nya, maka Dia akan menerima.
Lihatlah kecintaan Allah SWT dalam ayat-Nya:
“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.
Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.
Sedikit kepada yang suka menghina pendosa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih mulia dan lebih besar dari kamu. Namun Allah pun berkasih sayang dan memberikan peluang. Kamu?
Kepada penghina yang berdosa
Satu benda saya nak cakap, jangan sesekali kita rasa kita ini sudah sempurna. Hati kita ini, di hujung kekuasasaan Allah SWT untuk membalikkannya. Jangan ingat, hari ini kita beriman, esok kita akan beriman lagi. Sepatutnya kita menjaga keimanan kita, dan menjaga pula keimanan kawan-kawan kita. Bukan membiarkan mereka di dalam lubang kehinaan selama-lamanya.
Ada satu kisah, berkenaan seorang alim. Satu hari dia berjalan, kemudian terlanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar itu, si alim berkata: “Tak guna punya ahli neraka”
Si Nasrani marah. Si Nasrani berkata: “Apakah kau yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahawasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu tuhanku, tiada tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya” Kemudian Si Nasrani meninggalkan si alim itu.
Si Alim meneruskan perjalanan, akhirnya dia melalui sebuah rumah. Keluar dari rumah itu gadis yang sangat cantik, hingga memikat dirinya. Maka dia segera bhertemu dengan ayah perempuan itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupanya, keluarga itu adalah keluarga nasrani. Si Ayah berkata:
“Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke agamaku ini, dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan”
Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, lelaki alim tadi bersetuju.
Satu ketika, lelaki nasrani yang sudah Islam tadi, melalui kembali jalan itu dan terserempak dengan lelaki alim tadi yang sedang mengembala khinzir.
“Apa yang sudah berlaku kepada kamu wahai muslim?”
Si alim tadi menjawab: “Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita”
Ini kisah buat ingat-ingatan kepada yang suka menghina pendosa.
Saya nampak bahawa, orang yang berdosa ini perlu kita bimbing. Lagi-lagi yang berdosa dari galangan tersungkur. Yakni awal-awal dia baik, kemudian dia buat dosa. Sebenarnya, sesiapa yang menyisihkan pendosa, maka dia telah berdosa secara tidak langsungnya.
Orang berdosa, patut kita dekati dan rancang untuk mengubah mereka. Bukan kita hina, tinggalkan dia terkontang kanting. Kata da’ie?
Penutup: Sahabat, jangan bersedih
Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumpuran dosa, ketahuilah bahawa kamu tidak keseorangan. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Sama-sama kita berdosa. Sama-sama juga aku mengajak kamu untuk kembali kepada Yang Esa. Hinaan orang sekeliling kita bukanlah penutup pintu taubat-Nya.
Taubat Allah hanya tertutup kepada dua perkara: 1. Mati 2. Matahari Terbit Dari Barat.
Selain itu, maka berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya.
Memang susah nak tinggal dosa kita, tapi kita kena usaha. Macam usahanya pembunuh 100 di dalam hadith Nabi riwayat Muslim. Lelaki itu, tidak sempat bertaubat pun. Dia baru sahaja bergerak untuk bertaubat. Tapi Allah telah mengampunkannya dan memasukkanya ke dalam syurga. Kerana dia telah bergerak kepada-Nya.
Maka jangan kita lengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah SWT.
Saya ada satu kata-kata sebagai perkongsian:
“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula”
Sebab saya ini sahabat anda. Dan andai saya ini pula yang tersungkur, saya suka kalau ada yang menghulurkan tangan. Manusia ini, perlu sokong menyokong, nasihat menasihati, bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnai.
Sama-sama lah kita. Jangan berputus asa dengan hinaan orang.
Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita.
Allah, yang akan mengampunkan dosa-dosa kita.

___________________________________________________________________________________

Jangan Bersedih...

something to share with everyone..kerana masa kita bersedih itu Syaitan* amat suka sekali berdampingan..jadi bila rasanya kita bersedih...ingatlah bahawa:

disebalik kesusahan pasti ada kesenangan...

1.Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
2.Jangan bersedih, setipa sesuatu telaha da qada dan qadar
3.Janagn bersedih, kerana kelapangan pasti datang
4. Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
5. Jangan bersedih, memaafkan org yg menyakiti itu lebih baik
6. Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita
7. Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
8. Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
9. Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu
10. Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
11. Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
12. Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain
13. Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
14. Jangan bersedih, masih ramai org yang menyayangi anda
15. Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
16. Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok
17. Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
18. Jangan bersedih, kerana hidup ini bukanuntuk bersedih
19. Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
20. Jangan bersedih, segala yg ada didunia ini tidaklah berharga
21. Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang
22.Jangan bersedih, bolehjadi cubaan ini adalah anugerah
23. Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
24. Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
25. Janagn bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan
26. Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
27. Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
28. Janganbersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah

Peringatan tentang kesedihan:

Mengingati Allah: hati kan menjadi tenang
Solat: ubat yg mujarab menghilangkan kesedihan
Redha

___________________________________________________________________________________

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment